Pelumba Sepanyol Maut Kemalangan Dalam Sesi Latihan Grand Prix Catalonia

Pelumba Sepanyol Luis Salom maut selepas terlibat kemalangan tragis dalam sesi latihan Grand Prix Catalonia.

Pelumba Sepanyol Maut Kemalangan Dalam Sesi Latihan Grand Prix Catalonia

Salom yang berusia 25 tahun itu dilaporkan hilang kawalan ke atas jentera SAG yang ditunggangnya di salah satu selekoh, namun punca sebenar kemalangan itu masih belum jelas kerana tiada rakaman.



Selepas cuba diberikan rawatan di tepi trek, Salom segera dihantar ke sebuah hospital di Barcelona menggunakan ambulans walaupun difahamkan sebelum itu, sebuah helikopter juga telah dipanggil untuk segera membawanya mendapatkan rawatan kecemasan.

“Oleh kerana keadaannya amat parah, keputusan telah diambil untuk memindahkan Salom melalui jalan darat ke Hospital Besar Catalonia. Sejurus tiba di hospital, dia telah dimasukkan ke bilik pembedahan," ujar satu kenyataan rasmi.

Namun, setelah mencuba sedaya upaya untuk menyelamatkannya, pihak hospital menyampaikan khabar dukacita dengan mengesahkan kematiannya pada jam 4.55 petang waktu tempatan