Euro 2016: Penyokong England dan Russia bergaduh di Stadium

Keganasan tercetus apabila penyokong dua negara ini bergaduh antara satu sama lain di dalam Stade Velodrome selepas aksi England dengan Russia yang berakhir dengan keputusan seri, malam tadi.

Euro 2016: Penyokong England dan Russia bergaduh di Stadium

Penyokong dilihat mula bergaduh sebaik saja wisel penamat dibunyikan dengan penyokong Russia mengoyakkan bendera England dan berlari ke arah tempat duduk lawan mereka itu, seminit selepas aksi sulung Kumpulan B itu berakhir dengan keputusan 1-1.

Ratusan penyokong England dikejar oleh penyokong holigan Russia dan insiden yang berlanjutan selama 30 minit itu disifatkan sebagai malam mengecewakan buat bola sepak Inggeris.



Pergaduhan antara kedua-dua penyokong negara berkenaan berhenti seketika Marseille’s Old Port yang sebelum itu berlangsung selama tiga hari tetapi kembali tegang di dalam stadium.

Ibu bapa yang membawa kanak-kanak kecil cuba menjauhkan diri daripada pergaduhan itu dan marshal stadium cuba yang terbaik untuk campur tangan bagi meleraikan pergelutan.

Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) difahamkan mengumumkan bakal memulakan siasatan terhadap insiden terbabit dengan Russia dijangka berdepan hukuman di atas tindakan penyokong mereka.