Chong Wei mara separuh akhir Terbuka Indonesia

Jaguh badminton perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei semakin hampir dalam misi merekodkan gelaran keenam Terbuka Indonesia selepas berjaya mara ke separuh akhir.

Chong Wei mara separuh akhir Terbuka Indonesia

Kejayaan itu muncul selepas Chong Wei berjaya mengetepikan cabaran pemain China, Wang Zhengming dalam aksi suku akhir di Stadium Istora Senayan, Jakarta.

Chong Wei yang menang set pertama 21-16 tidak perlu bermandi peluh pada set kedua apabila Zhengming menarik diri daripada perlawanan ketika dia ketinggalan 2-9.

Chong Wei akan menentang bintang muda Indonesia, Ihsan Maulana Mustofa pada aksi separuh akhir esok.

Ihsan mara selepas beliau berjaya menewaskan pemain England, Rajiv Ouseph dengan keputusan 17-21, 21-12, 21-12.

Jika Chong Wei muncul juara di Jakarta, maka beliau akan kembali memegang status sebagai pemain nombor satu dunia selepas hilang status itu pada hujung 2014 susulan kes doping.