Nazmi Faiz terima enam jahitan di kening ditanduk Wan Zaharul Nizam



Pada perlawanan Selangor menentang Kelantan yang lepas telah terjadi satu insiden sehingga menyebabkan pemain Selangor, Nazmi Faiz terpaksa menerima enam jahitan di keningnya.

Belum diketahui puncanya, tetapi insiden berlaku selepas Nazmi dilihat merapati Wan Zaharul selepas dia menyebabkan seorang lagi pemain Selangor terjatuh. Mungkin kerana tidak dapat mengawal perasaan, pemain The Red Warriors itu telah menanduk Nazmi menyebabkan luka di keningnya.