Polis temui pistol dan 30 butir peluru dalam kereta Safee Sali



Polis menemui sepucuk pistol dan 30 butir peluru hidup dalam kenderaan milik pemain bola sepak JDT, Safee Sali. Ketika penemuan kereta tersebut dipandu oleh seorang pemilik kedai eksesori kenderaan pacuan empat roda (4WD).

Menurut laporan, sepasukan polis trafik menahan lelaki yang berusia 34 tahun itu ketika sedang membuat sekatan jalan raya di susur keluar Kempas, Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah utara, sekitar jam 12 tengah hari.

Hasil pemeriksaan yang dibuat ke atas Ford Ranger itu, polis telah menemui sebuah beg kuning yang berisi pistol tersebut yang diletakkan di tempat duduk belakang kereta berkenaan.