Keputusan AFC: Perlawanan JDT vs Kaya FC, 7-2

Pelawanan AFC Cup antara JDT vs Kaya FC, menyaksikan kelab Harimau Selatan (JDT) membelasah Kaya FC iaitu sebuah kelab dari Filifina dengan mata keputusan 7-2.

Juara bertahan Piala AFC itu mara ke suku akhir apabila membelasah Kaya FC dari Filipina 7-2 pada saingan pertama 16 pasukan terbaik Piala AFC di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin malam semalam.

Juan Lucerotelah menjaringkan hatrik buat JDT menerusi satu ledakan pada babak pertama sebelum beliau menambah dua lagi jaringan pada separuh masa kedua.

Manakala Azamuddin Akil turut tidak terlepas mencipta dua jaringan pada minit ke-32 dan ke-40 sebelum beliau digantikan oleh S Chanthuru.

Sementara itu, Jorge Pereyra Diaz dan Mahalli Jasuli turutjuga mencetak nama selaku penjaring masing-masing pada masa pertama dan kedua. Gol pelawat diperoleh pada minit ke-53 menerusi Jose Elmer Porteria dan Antonio Ugarte dua minit sebelum wisel penamat ditiup.

Dibawah berikut adalah gambar-gambar sekitar perlawanan bola sepak antara JDT vs Kaya FC pada liga AFC semalam.