Kedah menang 2-0 terhadap PDRM



Penyerang import kontroversi Kedah, Carlos Kahe membantu pasukanya untuk menang 2-0 ke atas PDRM pada aksi Liga Super 2016 di Stadium Darul Aman.

Pemain yang berasal dari Brazil itu meledak gol seawal minit kedua apabila dia tidak dikawal ketat pertahanan The Cops maka dengan mudahnya melakukan percubaan dari luar kotak penalti lawan.

Terkejut dengan gol awal tuan rumah, PDRM berusaha memburu gol penyamaan menerusi Ashfaq Ali dan Safuwan Baharudin namun berjaya dihalang oleh pertahanan Kedah.

Penguasaan penuh Hijau Kuning di bahagian tengah pada separuh masa pertama juga menjadi punca pasukan lawan gagal melakukan hantaran untuk membolos kubu tuan rumah.

Pada minit ke-20, Kahe menambahkan lagi keceriaan penyokong Kedah apabila dengan mudah menjaringkan gol hasil hantaran Farhan Roslan untuk meletakkan pasukannya di hadapan 2-0.

PDRM cuba merapatkan jurang pada separuh masa kedua namun keputusan 2-0 kekal ke wisel penamat.