JDT juara Piala FA, esok Johor cuti



Susulan kemenangan pasukan Johor Darul Takzim (JDT) menjuarai Piala FA di Stadium Shah Alam malam ini, kerajaan Negeri Johor mengishtiharkan cuti khas peristiwa di seluruh Johor esok.

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Ismail Karim, berkata perkara itu dititahkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.

Dalam aksi perlawanan akhir di Stadium Shah Alam malam tadi menyaksikan JDT menundukkan PKNS FC, 2-1 sekaligus menjadi juara.

Kemenangan tersebut telah menamatkan penantian selama 18 tahun pasukan ini setelah kali terakhir muncul juara Piala FA pada 1998 yang ketika itu dikenali sebagai Johor FA (kini dikenali sebagai JDT II).

Datuk Ismail turut memaklumkan bahawa kerajaan negeri sedang mempertimbangkan untuk memberi insentif ke atas skuad Harimau Selatan ini atas usaha gigih mereka bagi mendapatkan kejuaraan tersebut.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan negeri, Shaharudin Sharif berkata pihaknya akan mengikut ketetapan cuti peristiwa yang diputuskan Kerajaan Negeri Johor sama seperti sebelum ini.