"Chong Wei tak ada, kami lemah" - Iskandar



Ketiadaan Chong Wei melemahkan kami!

Itu tegas perseorangan kedua negara Iskandar Zulkarnain Zainuddin yang mengharapkan Datuk Lee Chong Wei kekal menjadi sebahagian dari kekuatan skuad negara dalam saingan Piala Thomas di Kunshan, China.

Ketika pasukan negara dihimpit situasi tempoh latihan yang terhad, memungkinkan satu keputusan besar akan berlaku dalam skuad Piala Thomas kali ini.

[Disyorkan : Malaysia Juara Kumpulan C Piala Thomas] Sudah pasti rakyat Malaysia faham apa yang perlu diutamakan oleh bekas pemain nombor satu dunia itu apabila memikirkan faktor usia dan keutamaan Chong Wei yang masih belum melunaskan impian emas Olimpik buat negara, .

Iskandar menyifatkan jika Chong Wei tidak dapat beraksi di Piala Thomas, hal itu sebagai mencalar moral mereka yang sedang mencongak kejayaan manis di China Mei nanti.

"Dari segi moral memang jatuh banyak. Selalu dia akan sumbangkan mata untuk hidupkan kembali mata ketika menentang pasukan-pasukan lain. Bagi saya ketiadaannya kita macam kehilangan satu mata," katanya.

Jelas sekali satu perbincangan dan kata putus akan dibuat sekembalinya chong Wei dari Kejohanan Seluruh England nanti.

Menurut rekod, Lin Dan telah menjuarai Seluruh England sebanyak lima kali sementara Chong Wei, tiga kali dengan kejayaan terakhir pada 2014.

"Setiap hari kami akan cuba mendapatkan lebih banyak maklumat dengan situasi yang berlaku ketika ini.

"Kami akan adakan perbincangan dengan Chong Wei selepas dia pulang dari Seluruh England nanti," kata Frost.