Kejutan buat Kedah, Mukhriz hadir beri semangat



Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir membuat kejutan apabila beliau hadir meluangkan masa bersama pegawai dan pemain Hijau Kuning di Hotel Holiday Villa, dekat sini pada tengah hari tadi.

Kehadiran Datuk Seri Mukhriz yang mahu menyuntik semangat kepada pasukan Hijau Kuning bagi berhadapan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) pada perlawanan separuh akhir kedua Superbest Power Piala FA 2016 di Stadium Larkin malam ini nyata mengejutkan kontinjen Kedah.

Walaupun tiada sebarang ucapan yang dibuat oleh bekas Menteri Besar Kedah itu namun beliau sempat memberikan kata-kata semangat kepada semua pemain semasa bersalam dengan semua pemain.

Beliau turut meminta pemain agar bermain dengan sepenuh hati malam ini dan berusaha sedaya upaya untuk membawa Kedah layak ke perlawanan akhir Piala FA 2016.